Mail dan Sudin Sambut Ramadhan (2015)


Pelakon : Remy Ishak, Shuib Sepahtu, Mat Over, Sari Yanti
Pengarah : Syed Fariz (Geng Surau)
Penerbit : suhan movies & trading sdn bhd

SINOPSIS :

Mail (Remy) merupakan samseng-lah-sangat di kg selamat. Sudin (Shuib) pula kononnya-samseng di kg beringin. Tiap-tiap hari kerja mereka adalah cuba mendajalkan antara satu sama lain akibat konflik lama mak bapak mereka. Setiap kali mereka saling mendajal, orang kampung mereka lah yang dapat susah. Lebai Salleh (Mat over) sering menjadi tempat rujukan kedua-dua kampung disebabkan kedudukan rumahnya di tengah-tengah antara 2 kampung itu, menyebabkan lebai salleh tidak memihak. Anak lebai salleh, Mawar (sari yanti) pula diminati oleh mail & sudin.

sehinggalah pada satu hari, mail & sudin dituduh org kampung mengecat tandas surau dengan warna pink. akibat tak puas hati dgn tuduhan org kampung,mereka berusaha utk mcari siapa sbnrnya yang mengecat tandas surau mereka itu. sehinggalah mereka mcari bomoh yg sedang btapa dlm hutan,sehari sebelum puasa. Malangnya, kedua-dua mereka tersesat dalam hutan. Mahu tak mahu, mail & sudin yang baru tserempak dalam hutan perlu bekerjasama untuk mcari jalan keluar yang tak jumpa-jumpa. semasa dlm hutan itulah, keinsafan menerjah pelosok kalbu mereka berdua.

di kampung mereka pula, ingatkan dah aman sebab ketiadaan mail & sudin. tapi tidak. kedua-dua kampung asyik bergaduh,lawan antara satu sama lain untuk tunjuk siapa lebih 'alim' dalam mengimarahkan bulan ramadan. isu-isu imam terawih, khatam al quran, majlis buka puasa, derma ramadan, hatta nak pasang pelita pun kedua-dua kampung masing-masing nak lawan dan tunjuk hebat.

RIGHT CLICK & OPEN IN NEW TAB

 

Mail dan Sudin Sambut Ramadhan (2015) Mail dan Sudin Sambut Ramadhan (2015) Reviewed by Pertapa Merah on Tuesday, July 31, 2018 Rating: 5

No comments:

COMMENT ABOUT THIS POST. NO ACCOUNT CAN POST USING OPENID.

Powered by Blogger.